Propellerads

Johor Darul Takzim Juara Liga Super

Johor Darul Takzim Juara Liga Super


Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memenangi dan menjuarai Liga Super edisi tahun ini apabila meninggalkan pencabar terdekat Pahang dengan 2 mata.

Dalam perlawanan terakhir, JDT tewas kepada Felda United namun kekalahan Pahang kepada Terengganu membolehkan mereka kekal sebagai pendahulu liga dan menjuarai Liga Super.

Walaupun bermain di Stadium Selayang, rata-rata penyokong yang hadir adalah peminat setia Johor Darul Takzim. mereka hadir untuk menyaksikan kejuaraan kekal milik JDT.

Ternyata sokong padu penyokong berbaloi apabila JDT menjadi juara Liga Super.

Ini pula keputusan perlawanan terakhir hari ini

Felda United [2 - 1] JDT
Kelantan [ 2 - 0 ] Sarawak
LionsXII [ 3 - 0 ] Sime Darby
PDRM [ 3 - 2 ] ATM
Perak [ 0 - 2 ] Selangor
Terengganu [ 3 - 1 ] Pahang

Tahniah kepada Johor darul Takzim
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment