Gambar Terakhir 4 Rakyat Malaysia Sebelum Maut Akibat Bom Di Bangkok
UPDATE kes letupan bom di Bangkok yang turut mengorbankan rakyat Malaysia semalam.
Semalam disahkan 2 rakyat malaysia terkorban dan hari ini 2 lagi rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi berdarah letupan bom di tengah-tengah Bangkok.
Ini menjadikan total 4 orang warga Malaysia menjadi mangsa korban letupan bom itu.
Lebih menyedihkan, kesemuanya yang maut adalah dari satu keluarga Malaysia yang bercuti di Bangkok, Thailand.
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Thailand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, petang tadi.
Senarai yang terkorban ialah:
-Lim Siew Gaik, 49 tahun
-Neoh Kar Chun, 20 (anak Siew Gaik)
-Lee Ji Siang, 33 (menantu Siew Gaik)
-Lee Jin Xuan, 4 (cucu Siew Gaik)
Kakak Siew Gaik, Lim So See, 52, dipercayai masih hilang manakala suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, dan anak mereka yang mengandung lima bulan, Neoh Ee Ling, 33, terselamat.
Jiran mangsa, Visen Lim Gim Seong,46, berkata, tujuh sekeluarga itu ke Bangkok pada 15 Ogos lalu dengan menaiki kereta api.
Ini komen jiran keluarga tersebut:
"Mereka sekeluarga kerap ke Thailand untuk membeli-belah dan sembahyang malah kali ini, Kah Chun yang masih menuntut di Taiwan turut menyertai percutian kali ini.
"Mereka semua memang rapat dan saya tidak menyangka tragedi ini akan berlaku kepada mereka sekeluarga,".
sumber: metro
Blogger Comment
Facebook Comment