Propellerads

VIDEO Letupan Bom Di Bangkok, Thailand. 2 Warga Malaysia Antara Maut

VIDEO Letupan Bom Di Bangkok, Thailand. 2 Warga Malaysia Antara Maut


Dua rakyat Malaysia disahkan antara yang terkorban oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand malam tadi.


Letupan berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu Malaysia) yang disebabkan oleh bom TNT. Letupan itu berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.

Letupan besar itu turut merosakkan beberapa kereta, motosikal dan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand berkata Selain warga Malaysia, kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.

Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu.

Ini merupakan video amatur letupan yang berlaku:


bom thailand
bom di thailand
Posted by Bunga Bunga Syurga on Tuesday, August 18, 2015


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment