Propellerads

Lelaki Hidup Seperti Kambing

Lelaki Hidup Seperti Kambing


Seorang lelaki warga Britain, Thomas Thwaites sanggup meninggalkan kehidupan sehariannya selama beberapa hari untuk tinggal dan hidup seperti kambing.



Thomas Thwaites menghabiskan masa selama tiga hari dengan menjalani kehidupan sebagai kambing di Alps Switzerland.

Katanya ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk menyelidik tingkah laku haiwan berkenaan selain mahu lupakan kehidupan yang stress di bandar.

Ini komennya:

“Matlamat saya ialah untuk bercuti daripada memikirkan hal kehidupan masa lampau dan masa depan.”

Malah, Thomas Thwaites telah menggunakan kaki palsu khas untuk membolehkan dia bergerak seperti kambing iaitu dengan menggunakan 4 kaki.

Thwaites juga mendalami proses migrasi haiwan itu ke sebuah lereng di pergunungan Alps dalam perjalanan sejauh 1 kilometer dan mengambil masa sejam.

Lebih menarik lagi, Thwaites turut memasang perut palsu untuk membolehkan dia memakan rumput seperti haiwan berkenaan.





Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment