Propellerads

VIDEO: Ahmad Maslan Kena "Boo" Dengan Perwakilan Umno Pontian

VIDEO: Ahmad Maslan Kena "Boo" Dengan Perwakilan Umno Pontian


Semalam melalui perkongsian portal KiniTV, telah tersebar sebuah video yang menunjukkan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin berucap di dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian.


Namun apa yang mengejutkan ialah Ahli Parlimen Pontian sendiri, Datuk Ahmad Maslan telah di 'boo' oleh perwakilan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Ahmad Maslan adalah Timbalan Ketua Bahagian Pontian dan juga baru dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berlainan dengan Muhyiddin, bekas TPM Malaysia ini pula disambut baik dengan jelas laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali dari hadirin yang hadir.

Bagaimanapun Muhyiddin dilihat cuba menenangkan keadaan dengan berkata kepada hadirin "Beliau timbalan ketua bahagian kamu (Umno Pontian), jangan 'boo'."

Kemudian selepas mesyuarat selesai, Ahmad Maslan telah ditanya oleh wartawan tentang hal ini dan beliau hanya menjawab "Dua orang saja kan? (yang boo)" sebelum beredar pergi.

Ini video nya:

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment