TMJ Tegur Kenyataan Dari Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat
TMJ telah menegur bekas ahli parlimen dari Batu Pahat kerana kenyataan yang dibuat yang mengatakan tiada masalah dengan Sultan Johor.
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini mengatakan PM Najib tiada masalah dengan Sultan Johor.
Ini komen Moh Puad:
"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan. Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang,”
Tunku Mahkota Johor, Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.
Ini komen dari TMJ
UNTUK PENGETAHUAN UMUM ANDA
Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.
Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut, dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Blogger Comment
Facebook Comment