Propellerads

Muhyiddin Tak Terlibat Untuk Menggulingkan Kerajaan - Zahid Hamidi

Muhyiddin Tak Terlibat Untuk Menggulingkan Kerajaan - Zahid Hamidi


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan.


Zahid Hamidi berkata demikian memandangkan beliau dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden UMNO itu.

Ini komen Zahid Hamidi:

"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin. 

"Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh," 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini, Ahad malam.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment