Zed Zaidi Jawab Isu Terlibat Dengan Songlap RM 4.8 Juta
Presiden Seniman, Zed Zaidi bengang apabila dituduh terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Zed berkata, dia telah difitnah dan tidak tahu langsung tentang masalah tersebut
Ini jawapan dari Zed Zaidi:
"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi kontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.
"Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman,"
"Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti.
"Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. 'Menariknya', individu tersebut masih lagi memburukkan saya .
"Saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyebaran fitnah ini masih berlanjutan,"
Sebelum hari raya yang lalu, kira-kira 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan masalah mereka dengan KOSENI.
KOSENI telah menipu sejumlah RM 4.9 juta dan nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut.
Sementara itu, Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya.
Blogger Comment
Facebook Comment