Propellerads

Gerai Makan "Paling Celaka" Diarah Tutup

Gerai Makan "Paling Celaka" Diarah Tutup


Gerai makan di Klebang, Melaka yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa mengenakan harga melampau dan kurang ajar telah diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah selepas gagal melepasi tahap penilaian risiko memuaskan.


Arahan gerai yang terletak di Medan Selera Pantai Klebang, bermula kelmarin selepas pemeriksaan gerai terbabit kotor dan tidak mengamalkan amalan penyediaan makanan selamat.

Ini komen dari wakil Jabatan Kesihatan: (HarianMetro)

“Hasil pemeriksaan, kami dapati makanan dihidang tidak ditutup dan dihurung lalat selain tahap kebersihan dalam peti sejuk beku juga diragui serta tidak berada pada suhu ditetapkan.

“Kami juga mendapati peralatan memasak seperti papan pemotong daging juga tidak bersih selain pemilik premis menggunakan kertas surat khabar sebagai pembalut bahan mentah yang disimpan di dalam peti sejuk beku,” 

“Dalam tempoh 14 hari, kedua-dua premis ini perlu dibersihkan sehingga mencapai standard ditetapkan dan memohon untuk pemeriksaan oleh pegawai kami.

“Jika mereka beroperasi tanpa kebenaran, pemiliknya boleh didakwa di mahkamah,”

Jumaat lalu, premis gerai makanan itu menjadi viral di laman sosial kerana ada pelanggan yang tidak berpuashati dengan layanan dan juga harga.

Bukan seorang tetapi ramai juga yang terkena. Harap pemilik kedai ini dapat berubah sikap. Ini mungkin sedikit peringatan dari Tuhan.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment