Nurul Izzah Umum PKR Saman PM Najib Tentang Dana RM2.6 Bilion
Secara rasminya, parti politik PKR telah memfailkan saman terhadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
PKR menfailkan saman ke atas Datuk Seri Najib Razak kerana kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya kerana jumlah itu terlalu besar untuk dana pilihanraya.
Sebelum ini, WSJ (Wall Street Journal) melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum yang lalu.
Ini komen Nurul Izzah: (MalaysiaKini)
“Saman ini tindakan susulan daripada pendedahan (media berpengaruh antarabangsa) The Wall Street Journal (WSJ),”
“(Wang) RM2.6 bilion digunakan itu 26 kali ganda lebih besar daripada jumlah wang dibenarkan (diguna dalam pilihan raya), seperti digariskan undang-undang negara ini,”
Dalam sidang media,sebentar tadi, Nurul Izzah juga mendakwa pelbagai amalan korupsi yang dilakukan oleh Barisan Nasional untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.
Blogger Comment
Facebook Comment