Tun M Cemburu Dengan PM Najib - Ku Nan
Melalui satu laporan mStar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat seperti menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini.
Jom ikuti laporan temubual penuh dari mStar ini:
SINDIR TUN DR MAHATHIR ?
Walaupun tidak menyebut nama Dr Mahathir, sindiran itu dilihat ditujukan kepada pemimpin veteran Umno berkenaan yang lantang mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana hanya seorang sahaja "bekas PM" yang lantang mengkritik PM Najib.
"Mereka serang PM, dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin.
"Tak ada keyakinan itu siapa, segelintir manusia dalam negara kita yang rakus, tak dapat capai matlamat mereka. Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu di atas kejayaan yang kita capai pada hari ini dan macam-macam lagi,"
SIKAP DENGKI, ANGKUH AKAN MUSNAHKAN KITA
"Sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir anda selalu betul, itu yang akan memusnahkan kita,"
"Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah,"
"Kita sedar mereka akan buat demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos ini, konon nak berhimpun depan Dataran DBKL. Mengapa anda lakukan perkara ini?
"Apa yang kerajaan lakukan semua salah, padahal cuba mereka renungkan apa yang benar dan yang salah. Lebih banyak kebenaran daripada yang salah seperti mereka sebutkan,"
"Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah,"
Blogger Comment
Facebook Comment