Propellerads

Haram Kalau Guling Kerajaan - Mufti Perak

Haram Kalau Guling Kerajaan - Mufti Perak


Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria berkata tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.



Sebagai seorang Islam, mufti Perak berkata kita perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Katanya orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

Ini komen Harussani:

"Dan ini kita sudah usahakan. Kita telah menubuhkan pertubuhan ulama umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri dan ulama, mufti-mufti yang kita adakan persidangan setiap tiga bulan sekali.

"Dalam mesyuarat itu kita akan memberi nasihat dan pandangan ... kita tegur apa yang patut dan tidak patut dibuat," 

Sementara itu, Harussani berkata sebagai anggota kerajaan termasuk menteri dan Exco kerajaan negeri, mereka telah berikrar melaksanakan tugas mengikut perlembagaan yang ditetapkan.

"Ikrar berkenaan yang menyatakan sumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali merupakan sumpah yang perlu dilaksana ... kalau dia melanggar sumpah, maknanya dia dilaknat Allah.

"Bila kita bersumpah selagi sumpah itu tidak melanggar syarak, wajib kita laksanakan ... kalau bersumpah untuk melakukan benda melanggar syarak, wajib dia batalkan sumpah," 

Itulah antara komen mufti Perak tentang isu untuk menggulingkan kerajaan.

-Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment