Tun Mahathir Mohon Maaf, Tersilap Pilih Pengganti
Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas 'kesilapan' memilih penyambung legasi kepimpinan negara ini.
Tum Mahathir berkata, ketika pilihan dibuat, beliau hanya melihat individu yang mempunyai rekod byang clea (bersih) dan layak untuk memimpin negara.
Tun Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada 31 Oktober 2003 setelah menyandang posisi nombor satu itu selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981.
Dr Mahathir kemudian melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kerusi Abdullah pada 3 April 2009 hingga sekarang.
Menurut Dr Mahathir, keadaan negara kini sudah berubah menjadi lebih kotor apabila sistem perundangan sedia ada tidak lagi boleh dipraktikkan seperti mana diharapkan.
Ini komennya:
“Saya ingat saya pilih Mr Clean, tapi yang bersih, pilih jadi kotor. Manalah saya tau. Kalau bagi nasihat awal, saya boleh pilih orang lain. Jadi saya minta ampun dan maaflah pada semua rakyat Malaysia,”
“Bila ada orang kata cash is king....susahlah. Ideanya, kita beri wang, mereka akan suka dan sokong kita.
“Tapi nak bagi orang duit, kita kena ada duit,"
Menjawab persoalan dibangkitkan seorang ahli Umno mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Najib, Dr Mahathir berkata, pihaknya yakin, ramai ahli parti itu masih menyokong untuk Muhyiddin dikekalkan sebagai timbalan perdana menteri.
"Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) waktu jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya... inilah kesannya.
“Tapi saya yakin, kalau tanya ahli Umno, ramai masih suka Muhyiddin jadi TPM,”
Tun Mahathir juga mengakui tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) seperti diumumkan Najib baru-baru ini.
Ini videonya:
Blogger Comment
Facebook Comment