Propellerads

Pelajar Malaysia Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015, Menang RM 20,000

Pelajar Malaysia Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015, Menang RM 20,000


Seorang pelajar berumur 16 tahun, Admon Lee Wen Xuan, berjaya menjadi johan bagi pertandingan software Microsoft PowerPoint.


Pelajar ini dinobatkan  Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 bagi Microsoft PowerPoint 2010 yang dibuat oleh kumpulan Certiport, pembekal penyelesaian penyampaian ujian bagi tenaga kerja global dan pasaran akademik.

Pertandingan Microsoft Office Specialist World Championship (MOSWC) menarik minat sebanyak 600,000 penyertaan. memang satu angka yang amat besar.

Para peserta akan mempamerkan bakat, kehebatan dan penguasaan mereka dalam produk Microsoft Office.

145 pelajar dari 47 negara berentap sesama mereka pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara.

Selain Admon, tempat kedua dimenangi oleh pelajar dari Kemboja yang bernama Kong Divin dan tempat ketiga pula ialah pelajar dari Vietnam yang bernama Nguyen Thi Hien Gia.

Juara menerima biasiswa bernilai US$5,000 (RM20,496), naib juara US$2,500 (RM10,248) dan pemenang tempat ketiga menerima US$1,000 (RM4,099).

Upacara penganugerahan pelajar Microsoft Office Specialist World Championship berlangsung di Gaylord Texan Grapevine Resort di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Sumber: Harian Metro.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment