Propellerads

Ini Komen Balas Ahmad Maslan Apabila Kena "Boo"

Ini Komen Balas Ahmad Maslan Apabila Kena "Boo" 


Menceritakan insiden yang berlaku Ahad lalu, Ahmad Maslan dilihat telah diejek dengan sorakan "boo" oleh beberapa hadirin dalam perjumpaan Umno di Pontian (LIHAT SINI).


Ahmad Maslan berkata sewaktu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut namanya dan mengucap tahniah kerana dilantik ke jawatan baru, beliau terdengar sorakan hadirin dan ada yang mengejeknya.

Ini respon Ahmad Maslan:

"Maklum balas yang saya terima bahawa "boo" itu dimulakan oleh dua orang hadirin dari luar Pontian yang bukan perwakilan.

"Apakah perasaan saya? Di atas pentas itu kelihatan saya tidak menunjukkan reaksi apa-apa walau saya penuh sedar terhadap apa yang berlaku," 

"Tiada yang "boo", bila nama saya disebut dan bunyi tepukan untuk saya, hampir sama sahaja dengan tepukan bila nama-nama tetamu lain disebut.

"Laporan pihak mereka yang mengatakan konon saya di "boo" banyak kali adalah tidak benar dan konon saya meninggalkan majlis lebih awal juga tidak betul.

"Itulah antara kerja mereka, mengadakan yg tiada dan meniadakan yang ada," 

Sebelum ini video telah dimuatnaik yang menyaksikan Ahmad Maslan di boo oleh hadirin ahli Umno dan Muhyiddin Yassin terpaksa menenangkan keadaan. (LIHAT SINI)
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment