Ini Jawapan Fizz Fairuz Yang Membuatkan Farah Mendoza Terkejut
Kes yang sedang berlaku ke atas Fizz Fairuz dan seorang pelakon baru iaitu Farah Mendoza sedang hangat diperkatakan.
Ini berikutan tersebarnya gambar printscreen perbualan di aplikasi "WeChat" yang menunjukkan Fizz Fairuz cuba mengurat Farah Mendoza.
Fizz Fairuz telah memberi responnya yang membuatkan Farah terkedu dan terkujat.
KOMEN FIZZ FAIRUZ
“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu”
“Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya. Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal”
“Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini,”
FARAH MENDOZA TERKEJUT JAWAPAN FIZZ
Kenyataan dari Fizz Fairuz itu ternyata membuatkan pelakon Farah Mendoza terkejut besar.
Ini komen balas dari Farah pula:
“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”
“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi”
“Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,”
Aduhai macam-macam hal.
Blogger Comment
Facebook Comment