Propellerads

Anak Kepada Budak-Budak 11 Tahun Meninggal Dunia

Anak Kepada Budak-Budak 11 Tahun Meninggal Dunia


Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid berumur 11 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).


Bayi lelaki itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 4 pagi tadi akibat komplikasi usus dan penafasan.

Ini komen dari Datuk Norhayati Omar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri:

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau dan telah selamat dikebumikan.

“Saya juga difahamkan kanak-kanak perempuan itu telah dibenarkan pulang ke rumah keluarganya (di Bahau) hari ini. Bagaimana pun, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan negeri akan terus memantau keadaannya,” 

Sebelum ini, telah menjadi viral apabila seorang budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta. BACA KISAHNYA DI SINI.

Sumber: Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment