Propellerads

Ini Komen Muhyiddin Yassin Kepada Ahmad Maslan

Ini Komen Muhyiddin Yassin Kepada Ahmad Maslan


Melalui laporan MalaysiaKini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan dari Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong dan seperti budak kecil.

Ahmad Maslan sebelum ini berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' masih belum ada lagi  pilihan raya.

Bekas Timbalan perdana Menteri, Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Komen dari Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh hampir 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka hari ini.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pernah berkata, jikaa pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah.

sumber: Biskutmanis & MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment