Propellerads

Sultan Johor Titah Muhyiddin Menghadap Baginda Petang Ini

Sultan Johor Titah Muhyiddin Menghadap Baginda Petang Ini


Sultan Johor Sultan Ibrahim telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk datang menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.




Muhyiddin yang merupakan anak Jati Johor dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini.

Dari The Malaysian Insider, dikatakan perjumpaan itu dijangka untuk membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa.

Kemudiannya, Muhyiddin juga dijangka akan bertemu dengan NGO Melayu dalam pukul 5 petang ini di sebuah hotel di Senai, Johor.

Pada Ahad, Muhyiddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang di Kluang. Ia merupakan mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada barisan kabinet.

Ini pula komen dari beberapa perwakilan Johor yang lantang setelah Muhyiddin disingkir sebagai TPM Malaysia.

Ini komen Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin 

"Muhyiddin masih Timbalan Presiden UMNO dan diharap semua pihak terus menghormatinya,"

Ini pula komen Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.

"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu," 

"Tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan," 

"Adalah malang bagi UMNO jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada Presiden," 

Azizul telah meletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kluang.

~sumber: Awani
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment