Teguran Ustaz Kazim Kepada Menteri Baru, Datuk Seri Azalina
Ekoran kenyataan dari Menteri Datuk Seri Azalina tentang isu berpegangan tangan yang sedang hangat diperkatakan, Ustaz Kazim Eliaz yang sinonim dengan gelaran UKE telah memberi teguran.
Azalina sebelum ini mengatakan tidak mengapa berpegang tangan didalam drama kerana ianya hanya berlakon sahaja.
Ini komen UKE:
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info..
Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan..
Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat..
Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...
Kenyataan Ustaz Kazim Elias ini menerima sokongan dari orang ramai yang ternyata terkejut dengan kenyataan Azalina itu.
Semoga Azalian menerima teguran UKE ini dengan hati terbuka.
Blogger Comment
Facebook Comment