Propellerads

"Saya Tak Akan Turun" PM Najib Razak

"Saya Tak Akan Turun" PM Najib Razak


Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan turun sebagai Presiden Umno. Perdana Menteri memberitahu ini kerana tiga juta anggota parti itu teguh berdiri di belakangnya.


PM Najib Razak berkata seperti itu semalam di Melaka, dalam satu perhimpunan yang telah diadakan di Klebang. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron

Ini komen penuh PM Najib Razak:

3 Juta Sokong Saya

"Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab tiga juta ahli UMNO ada bersama saya.

"Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden Umno) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.

"Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli Umno tentukan,"

Sokong Bukan Sebab Saya Najib

"Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden Umno kerana tidak boleh ada Presiden Umno yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya,"

Pilih Jalan Wasatiyyah

"Kalau kita pilih jalan pertengahan kita pilih jalan wasatiyyah dalam Islam maknanya, kalau kita bersatu, setia kepada ketua, kita bekerja keras, kalau kita berkhidmat pada rakyat, kalau kita jaga kemaslahan rakyat, jaga agama semua kaum InsyaAllah kita boleh menang (pilihan raya),"

"Rakyat nak bumbung di atas mereka, hendak rezeki halal, hendak sekolah dan pendidikan inilah perkara yang perlu kita fokus. Soal 1MDB bukan segalanya macam dunia nak kiamat; siling nak runtuh, ini bukan 'defining issue',"

Pupuk Semangat Setiakawan

"Jangan pula masa senang kita sokong, masa susah kita tebuk kapal pula, susah senang kita bersama itulah setiakawan dalam politik, kita dalam keluarga begitu lah. Zaman susah tidak lama kerana ada cahaya di hujung terowong jika ada setiakawan politik ini,"

Bela Nasib Melayu

"Kalau tiada Umno maka 'terbangsat' lah bangsa Melayu. Saya tidak dapat bayangkan nasib bangsa Melayu tanpa Umno,"

Sumber: SINAR HARIAN
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment