KEJAM: Bapa Cuba Lemaskan Anak Kerana Geram Dengan Bekas Isteri
Lagi kejadian yang amat menyedihkan berlaku di negara China. Seorang bapa sanggup bertindak luar batasan apabila cuba melemaskan anak perempuannya yang masih kecil ke dalam tasik.
Dari sumber portal Shanghaist, lelaki itu cuba melemaskan anaknya kerana ingin bekas isterinya untuk bertemu dengannya.
Bekas isterinya itu kini sedang menyembunyikan diri daripadanya.
Ayah yang kejam ini telah mengheret anaknya ke dalam sebuah tasik dalam sebelum membenamkan muka anak mereka ke dalam tasik.
Orang ramai yang melihat kejadian itu dengan segera terus menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Pada mulanya pihak berkuasa cuba memujuk lelaki tersebut tetapi gagal.
Kemudian, pasukan penyelamat telah terjun ke dalam tasik dan terus menyelamatkan kanak-kanak yang malang itu.
Nasib baik kanak-kanak itu disahkan berada dalam keadaan baik dan stabil manakala ayahnya yang kejam itu ditahan polis.
-SinarHarian
Blogger Comment
Facebook Comment