Propellerads

Umno Penampang Mahu Tindakan Disiplin Diambil Terhadap Muhyiddin Yassin

Umno Penampang Mahu Tindakan Disiplin Diambil Terhadap Muhyiddin Yassin


Umno Bahagian di Sabah telah menjadi tumpuan kerana meminta tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin kerana beliau dilihat gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.

Bahagian itu juga berkata Muhyiddin melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan Umno dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti.

Ini antara resolusi tersebut:

"Antara salah laku Muhyiddin adalah beliau bercakap secara terbuka mengenai perbualan peribadi dengan presiden parti dan isu nasional.

"Tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan mana-mana ahli Umno, terutamanya Timbalan Presiden," 

Usul tindakan terhadap timbalan presiden itu dibangkitkan oleh Ketua Cawangan Nambazan, Datuk Fredie Suah pada mesyuarat Umno bahagian itu pada Sabtu.

Bahagian itu berkata walaupun ucapan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai nasihat tetapi mesej tersebut berbunyi negatif dan akan menjejaskan imej Umno.

Ini komen Datuk Fredie:

"Malah, apa yang timbalan presiden lakukan boleh menghancurkan dan membuatkan parti itu berkubur pada Pilihan Raya Umum akan datang,"

Menurut bahagian itu, walaupun Muhyiddin tidak bersetuju dengan presiden parti, beliau boleh bercakap atau menulis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyuarakan pandangannya.

Ketua Umno Penampang, Datuk John Ambrose berkata bahagian itu telah membuat ketetapan tersebut kerana mana-mana ahli tidak harus melanggar peraturan parti.

Ini pula komen Datuk John:

"Sebagai timbalan presiden, Muhyiddin harus menjadi contoh kepada ahli lain untuk menghormati peraturan Umno tetapi tindakan beliau bertentangan,"

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment