Propellerads

"Kerajaan Tak Peduli Undang-Undang, Terpaksa Guna Demonstrasi" - Tun M

"Kerajaan Tak Peduli Undang-Undang, Terpaksa Guna Demonstrasi" - Tun M


Tun Mahathir hari ini sekali lagi telah turun ke perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur. Semalam dia hagir untuk menjenguk keadaan di Dataran Merdeka, hari ini Tun M telah hadir di Pasar Seni.

Punca Turun Bersih 4.0

Ada pihak bertanya mengapakah dia hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 ini. Jawapan Tun Mahathir ialah dia hadir  untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.

Jelas Tun M, punca beliau hadir adalah kerana menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Sokong Rakyat Bukan Bersih 4.0

Tun Mahathir hadir bukanlah menyokong Bersih dan bukan juga menyokong pembangkang tetapi hanya mahu PM Najib turun dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Saya sokong rakyat. Bersih pun rakyat juga. Mereka pun tak suka Najib. Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong Bersih. Bersih pun rakyat. Yang lain semua ini pun rakyat. Semua pakai baju kuning dan banyak yang tak pakai baju kuning,"

"Saya tak tahu Bersih ini ‘game changer’ atau tidak, saya di sini utk bersolidariti dengan rakyat sebab sekarang berjuta rakyat akses blog saya dan mereka mahu Najib berundur hanya sedikit yang menyokongnya.

Kerajaan Tak Peduli Undang-Undang, Terpaksa Guna Demonstrasi

 "Dulu tak perlu demo, dulu ada undang-undang. Kita buat laporan polis, Peguam Negara ambil tindakan. Tapi sekarang ini, buat laporan polis tapi polis tak boleh ambil tindakan sebab Najib tak bagi.

 "Oleh itu kali ini saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini. Dulu saya tak pernah sertai demonstrasi. Ini pertama kali,"

Mahu Najib Turun Tapi BN Tetap Kekal Memerintah

Tun Mahathir juga berkata di mahu ahli parlimen membuat undi tidak percaya seterusnya mengikirkan PM Najib. Tetapi barisan nasional akan terus memerintah kerana masih majoriti.

"Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.

"Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti,

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment