PESAWAT MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 mungkin sengaja diterbangkan dari laluan asal oleh seseorang dalam kokpit, kata seorang pakar. Pakar nahas penerbangan menganalisis data satelit dari pesawat berkenaan dan mendapati bahawa kapal terbang itu terbang selama beberapa jam sebelum terputus hubungan. Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang diumumkan bahawa MH370 membelok sebanyak tiga kali selepas perbualan terakhir dengan menara kawalan.
Pertama membelok ke sebelah kiri, diikuti dua lagi dan kemudiannya ke sebelah barat, dan ke selatan menuju Antartika. Pakar terkemuka dalam kajian bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, tindakan membelok berkenaan "mencadangkan" bahawa seseorang yang berada dalam kokpit dengan sengaja menerbangkan MH370 dari laluan asal. "Kejadian ini mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan adalah sesuatu yang saya sendiri belum lihat sepanjang 40 tahun kerjaya dalam penerbangan," kata Brenner.
Dakwaan berkenaan sedang dibuat dalam bentuk dokumentari oleh National Geographic yang dijangka disiarkan pada bulan depan. Kandungan dokumentari itu bakal memaparkan Brenner dan pasukan pakarnya berusaha untuk menyelesaikan misteri MH370.
Sebelum ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia menyatakan bahawa pesawat itu akan ditemui dalam tempoh beberapa bulan lagi. Pada ketika pencarian pesawat berkenaan yang dijangka tamat pada penghujung Mei, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, beliau berharap pasukannya akan menemui bangkit pesawat.
Bagaimanapun JACC masih berdiam diri terhadap isu itu dengan berkata, kerajaan China, Malaysia dan Australia akan menilai tindakan seterusnya. Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang. Sejak itu, pesawat berkenaan tidak dapat dikesan. Bagaimanapun Dolan yakin pasukannya semakin hampir untuk menemui bangkai pesawat.
"Saya tidak bangun setiap pagi berfikir "Inilah harinya' tapi saya bangun setiap hari berharap ia akan berlaku dan menjangka antara sekarang dan Mei nanti adalah harinya," katanya. "Kejadian ini memang membingungkan dan kami merasakan ia tidak pernah berlaku, bukan saja satu misteri tapi juga membabitkan jumlah usaha yang kami curahkan untuk mencari pesawat.
"Ketika kami terus berusaha, kami tidak dapat kepastian cuma ada keyakinan bahawa kami akan dapat menemui pesawat yang hilang itu," katanya. Pencarian pesawat MH370 itu setakat ini masih belum membuahkan hasil, memandangkan lokasi nahas pada awalnya dipercayai di Laut China Selatan atau Teluk Thailand. Bagaimanapun, usaha dialihkan ke selatan bahagian Lautan Hindi. Peralihan kawasan pencarian itu bermakna sebarang penemuan terhadap bangkai pesawat di atas permukaan lautan mungkin sudah tenggelam dan beranggapan sebahagian serpihan pesawat akan terdampar di tepi pantai Sumatera, barat Indonesia.
Sementara itu, JACC berkata, setakat ini pencarian di dasar llaut sudah meliputi kawasan 22,000 kilometer persegi iaitu bersamaan 36 peratus kawasan tumpuan pencarian. Sekiranya tiada kelewatan ketibaan kapal, peralatan atau cuaca, pencarian di dasar laut itu kemungkinan besar akan selesai pada Mei ini. Kapal 'Go Phoenix' berada di kawasan pencarian, 2,500 kilometer barat daya Perth, barat Australia tetapi tiga kapal yang terbabit dalam pencarian dasar laut menangguhkan operasi kerana perlu pulang ke pelabuhan untuk penyelenggaraan berjadual.
Selepas pencarian selama berbulan-bulan di kawasan berkenaan, tiada sebarang penemuan terhadap serpihan pesawat di atas permukaan atau sebarang petunjuk bahawa kapal terbang itu berada di dasar laut.
sumber: BH
PESAWAT MH370 yang
hilang pada 8 Mac 2014 mungkin sengaja diterbangkan dari laluan asal
oleh seseorang dalam kokpit, kata seorang pakar.
Pakar nahas penerbangan menganalisis data satelit dari pesawat berkenaan
dan mendapati bahawa kapal terbang itu terbang selama beberapa jam
sebelum terputus hubungan.
Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang diumumkan bahawa MH370 membelok
sebanyak tiga kali selepas perbualan terakhir dengan menara kawalan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36532?m=1

Blogger Comment
Facebook Comment