Propellerads

Polis Tak Ganggu Siasatan SPRM - Khalid (Ketua Polis Negara)

Polis Tak Ganggu Siasatan SPRM - Khalid (Ketua Polis Negara)


Polis hanya jalankan tugas serta tidak bertindak kerana adan arahan daripada mana-mana pihak tertentu jelas Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara.


Khalid menolak dakwaan bahawa tindakan polis menahan anggota SPRM bukan untuk mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (BACA SINI)

Penahanan anggota SPRM berkaitan siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan dokumen perbankan.

Ini komen Ketua Polis Negara:

"Adalah jelas pihak polis berada di landasan betul dalam menjalankan siasatan kes ini, di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan bocor dan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk mengganggu gugat kestabilan negara," 

"Orang ramai perlu faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menjalankan siasatan masing-masing . Bagaimanapun ia masih lagi seiring dengan matlamat asas iaitu untuk mencari kebenaran," 

"Beri peluang kepada agensi berkaitan melaksanakan tugas tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersembunyi,"

Khalid juga mengingatkan orang ramai tidak membuat spekulasi.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment