"Demi Allah Saya Akan Cari Dalang Sampai Lubang Cacing"
Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang telah mengarahkan penangkapan anggota SPRM.
Pengarah Operasi Khas SPRM itu berkata dia tiada masa berpolitik dan berusaha siang malam untuk menyiasat kes tersebut.
Datuk Bahri juga memberikan peringatan kepada 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidaklah sebesar mana.
Ini komennya:
"Kami tiada masa untuk berpolitik, tapi kami menjalankan tugas seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat."
"Demi Allah, saya akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan ini sehingga ke lubang cacing,"
"Kamu ada kuasa sedikit saja, tetapi saya ada Allah,"
Datuk Bahri mengulas tentang penahanan beberapa orang pegawainya yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, ditahan oleh polis.
Beliau juga telah disiasat tentang kes ini.
Polis juga dilaporkan telah menyerbu pejabat mereka yang dipercayai berkaitan dengan kertas pendakwaan bocor terhadap Perdana Menteri.
Blogger Comment
Facebook Comment