"Saya Berat Hati Mengesahkan Serpihan Itu Milik MH370" PM Najib
Misteri kehilangan MH370 sejak 8 Mac 2014 akhir terjawab apabila serpihan yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik MH370.
Baca laporan terdahulu, beberapa objek yang ditemui DI SINI
Keputusan hasil siasatan tentang serpihan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi tadi.
Ini antara teks pengumuman Najib:
"Sejak kehilangan selama 515 hari lalu, saya dengan berat hati mengesahkan hasil siasatan pasukan pakar antarabangsa bahawa serpihan yang ditemui itu milik MH370. Kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses siasatan dan membantu dalam operasi mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang menyedihkan tetapi akhirnya ia dapat merungkai nasib 239 penumpang dalam pesawat itu,"
"Dengan semangat satu bangsa, Malaysia pastinya akan mengingati insiden MH370,"
PM Najib juga akan cuba sedaya upaya untuk memastikan apakah punca sebenar kehilangan pesawat MH370 yang menjadi misteri.
Penerbangan MH370 hilang dari radar secara tiba-tiba dan menjadi bahan berita di seluruh dunia pada 8 Mac tahun 2014.
Penerbangan ini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal.
Operasi pencarian dibuat dibanyak tempat seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka namun tidak menjumpainya.
Kemudian operasi diteruskan di selatan Lautan Hindi sehingga hari ini tetapi tiada bukti ditemui sebelum penemuan terbaharu di Pulau La Reunion ini.
Blogger Comment
Facebook Comment