Propellerads

Siapa Derma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib?

Siapa Derma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa badan itu tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang menyalurkan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan MalaysiaKini, satu kenyataan dari SPRM yang tidak ditandatangani menyebut, badan itu telah mendapatkan penjelasan daripada individu “Timur Tengah” menyalurkan derma tersebut.

Antara hintnya ialah
- datang dari Timur Tengah,
- SPRM dah dapat penjelasan dari penderma
- tapi SPRM tak boleh lagi dedahkan

Ini antara petikan laporan MalaysiaKini:

“Hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

“SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

“SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut,” 

SPRM menegaskan bahawa sumbangan derma tersebut RM2.6 billion tiada kena mengena dengan 1MDB sama sekali.

Ini pula kenyataan media dari SPRM:

Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. 

Kini rakyat jelata ternyata tak sabar ingin tahu siapakah penderma yang pemurah tersebut. Kenapa nak dirahsiakan?
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment