Anggota Polis Tercampak Dirempuh "Mat Rempit"
Satu kejadian langgar dan rempuh polis telah berlaku di Kajang. Seorang anggota polis trafik tercampak setelah dirempuh penunggang motorsikal agresif yang melanggar sekatan jalan raya diadakan polis.
Baca Juga: Nenek Tiri Ditahan Dera Cucu (KLIK SINI)
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.45 pagi, anggota trafik bernama Mohd Hizzuad Johari tercampak setelah dirempuh oleh "mat rempit" kurang ajar.
Polis tersebut luka dan cedera di belakang kepala dan badan akibat rempuhan yang kuat itu.
Difahamkan, suspek enggan memberhentikan motosikalnya untuk pemeriksaan.
Ini komen Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard :
“Mangsa yang tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,”
Kemudian, polis berjaya menahan penunggang motosikal berusia 25 tahun terbabit untuk siasatan selanjutnya.
Semakan awal rekod jenayah mendapati suspek pernah mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun sebelum ini.
sumber: Metro
Blogger Comment
Facebook Comment