Nenek Tiri Muda 27 Tahun Ditahan Dera Cucu 4 Tahun
Seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun, Putri Nur Damia Nor Arif Erman dipercayai telah menjadi mangsa dera nenek tiri muda berumur 27 tahun dan datuknya, 51 tahun hanya membiarkannya.
Kedua-dua suspek tersebut kini telahpun ditahan di sebuah rumah oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ibu kandung kanak-kanak itu hanya mengetahui kejadian apabila dimaklumkan peh rakannya bahawa anaknya masuk ke hospital apabila mengalami kecederaan bengkak pada badan, muka dan mata dalam satu kejadian di Kampung Banggol, Permaisuri di sini.
“Tergamak bekas bapa mentua melihat saja cucu, darah dagingnya didera sebegini,”
“Saya meraung apabila melihat keadaan Damia yang lebam mata dan mengalami bengkak. Saya juga diberitahu ada rakan pernah ternampak Damia didera ketika di kawasan pasar malam tempat bekas bapa mentua berniaga.
“Perbuatan isterinya ke atas Damia memang tak akan saya lupa dan maafkan,”
“Saya mempunyai dua anak iaitu Damia dan adik lelakinya Nor Hakim Nor Arif Erman yang berusia lapan bulan. Apabila bercerai, saya dan bekas suami bersetuju supaya saya menjaga Nor Hakim dan suami menjaga Damia.
“Selepas ini saya akan mula bekerja dan bertekad menanggung Damia serta adiknya,”
Mimi Norma Sakirah yang tinggal di Kampung Saujana, Setiu berkata, Putri Nor Damia dijaga bekas bapa mentuanya selepas dia bercerai sejak awal tahun ini.
Sementara itu, Pengarah HSNZ Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemeriksaan mendapati Putri Nur Damia mengalami kecederaan yang bukan disebabkan kemalangan.
Blogger Comment
Facebook Comment