Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Teruk Dibuli Sehingga Dipukul
Kesian dengan kes buli seorang pelakon kanak-kanak popular iaitu Mia Sara. Dia akui dibuli rakan sampai dibaling batu dan dipukul.
Namun Mia masih dapat bersabar kerana tiada kecederaan teruk yang berlaku.
Ini komen Mia:
"Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul saya. Saya sedih juga dan kadang-kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,"
Ayah Mia Sara pula hanya menyerahkan kes itu kepada pihak sekolah. Asalkan tiada kecederaan yang teruk berlaku kepada anaknya.
Ayahnya juga mahu Mia Sara pandai berdikari.
Ini pula komen ayah Mia:
"Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur.
"Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu. Biarlah dia berdikari dan belajar selesaikan masalahnya sendiri.
"Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah. Bagaimanapun saya akan pastikan dia mendapat nasihat dan motivasi setiap hari. Saya tak mahu dia pulang ke rumah dengan emosi terganggu,"
sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment