Propellerads

"Najib Disihir Oleh RM" - Tun Mahathir

"Najib Disihir Oleh RM" - Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PM Datuk Seri Najib Razak telah disihir oleh RM. Pm Najib bukan sahaja 'disihir' oleh "RM", sebaliknya "RM" sendiri mempunyai banyak "bomoh".

Tun Mahathir berucap sedemikan ketika di Stadium Pasir Gudang, Johor hari ini. Beliau berkata, "bomoh" itu datang dari pelbagai tempat, termasuk Indonesia dan India untuk membantu perdana menteri.

Dr Mahathir telah ditanya tentang kemungkinan perdana menteri kini berada di bawah pengaruh ilmu hitam.

Ini katanya:

"Najib bukan sahaja disihir oleh RM, RM sendiri pun ada banyak bomoh. Macam-macam bomoh, dari Indonesia, india, dari mana-mana tempat.

"Kononnya semua (itu boleh) jamin Najib tak jatuh sebab tak ada orang dalam dunia macam Najib. Itulah pendapat dia," 

"Insya-Allah kalau rakyat tunjuk kuasa rakyat, dia tak boleh tahan," 

Bercakap di majlis sama, Dr Mahathir berkata, kuasa rakyat tidak diperlukan jika undang-undang negara tidak dicabuli.

Memetik kes bekas Presiden Ferdinand Marcos yang menyalahgunakan kuasa, Dr Mahathir berkata, rakyat Filipina turun ke jalan raya bagi mendesak beliau meletak jawatan.

"Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku di sini. Kita mahu buat perkara yang mengikut undang-undang, tetapi undang-undang tidak lagi digunakan.

"Sebab itu rakyat mesti tunjukkan kuasa rakyat,"

Kata Tun Mahathir disambut dengan sorakan lebih 3,000 hadirin. Namun Tun Mahathir tidak menjelaskan maksud sebenar ungkapan "RM" digunakannya.

Selepas itu, Tun M berangkat ke Kuala Lumpur untuk menjenguk perhimpuan Bersih 4.0.

Sumber: MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment