Propellerads

Keutamaan Adalah Kepada Rakyat - TMJ

Keutamaan Adalah Kepada Rakyat - TMJ


Setelah Sultan Johor bertitah dengan memberi amaran kepada 2 orang ahli Umno termasuk menteri Nazri Aziz, kini TMJ pula bersuara.

Bagi TMJ, beliau lantang bersuara adalah kerana rakyat. Bagi TMJ sekiranya pendangan dirinya dan baginda Sultan Johor dipertikaikan, apatah lagi dari rakyat.

Jom baca pandangan TMJ:

KEUTAMAAN ADALAH KEPADA RAKYAT

Baru-baru ini, ada yang telah memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak tertentu yang telah diarahkan untuk "menyerang" saya dan ayahanda saya, berikutan sifat kami yang vokal dalam pelbagai isu. 

Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara? Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat. 

Namun begitu, saya amat sedih melihat sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, melihat saya dan ayahanda saya seolah-olah mencabar kerajaan. Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?

Lebih baik kita berusaha mencari jalan penyelesaian mengatasi permasalahan negara, kerana bertelagah sesama sendiri tidak membawa ke mana pun. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah menimbulkan isu berkenaan saya dan ayahanda saya, semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu-isu yang lebih menekan rakyat. 

Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat. Daripada hendak serang-menyerang antara satu sama lain, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa berkati rakyat Johor dan Malaysia. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment