Tiada Tempat Buat Tun M Di Perhimpunan Agung UMNO Setelah Hadiri Bersih 4.0
Tiada tempat lagi buat Tun Mahathir! - itulah pandangan peribadi dari Datuk Tajuddin.
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyatakan lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu.
Ini komennya:
"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.
"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang,"
Sementara itu, apabila ditanya adakah UMNO perlu melucutkan keanggotaan atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti, ini kata Tajuddin: "Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang."
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan.
Sumber: AstroAwani
Blogger Comment
Facebook Comment