Propellerads

Pak Lah Belajar Untuk 'Lepaskan' Jawatan - PM Najib

Pak Lah Belajar Untuk 'Lepaskan' Jawatan - PM Najib


"Selepas bersara, beliau belajar untuk melepaskan," Itulah antara kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menyokong beliau.

PM Najib berkata Pak Lah memulakan program "Transformasi GLC" 10 tahun lalu dan terus menyokong beliau.

Ini ucapan Najib: (mstar)

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana memulakan program ini dan dalam persaraan belajar bagaimana untuk melepaskan dan menyokong penggantinya," 

PM Najib berkata demikian ketika majlis penyampaian sijil Program Transformasi GLC dan pelancaran Hari Terbuka GLC 2015 pada Jumaat.

Sementara itu, PM Najib membidas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengkritik pentadbirannya malah telah mendesak beliau untuk meletak jawatan.

Tun Abdullah merupakan perdana menteri Malaysia ke-5 dari tahun 2003 hingga tahun 2009.

Sumber: Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment