Propellerads

Ini Komen Muhyiddin Yassin Tentang Penderma RM2.6 Bilion Dari Timur Tengah

Ini Komen Muhyiddin Yassin Tentang Penderma RM2.6 Bilion Dari Timur Tengah


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.


Muhyiddin yang masih memegang jawatan Timbalan Presiden Parti UMNO berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan tersebut selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

Muhyiddin berkata, selain enggan mahu memberitahu identiti, Najib juga menyatakan bahawa penderma Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi.

Ini komen Muhyiddin: (Malaysiakini)

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” 

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah,"

Itulah kata Muhyiddin dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment