Propellerads

Tips Kejayaan Orang Cina dalam Bisnes





Tips Kejayaan Orang Cina dalam Bisnes

Kisah ini telah berlegar di dalam Facebook dan di share oleh ramai orang. Dan kini kami mahu menyimpannya supaya dapat di tatapi dengan mudah andai kita mahu berjaya dalam perniagaan. Tips ini bukanlah hanya dari perniaga cina akan tetapi rahsia perniagaan dari mereka yang berjaya dari pelbagai bangsa di Malaysia. Berikut adalah kisah tersebut:-

Pagi ini rumah kami didatangi tetamu dari perak..dia seorang taukey kilang kelapa sawit seluas 4 ekar di kampung ayah saya. Selepas dia habis sembang dengan ayah, saya pun apa lagi mencelah tanya dengan taukey Ah Seng ni..

Soalan 1: anak you tolong you buat bisnes jgk ka..?

Taukey Ah Seng: Anak yang sulung je tolong, yang lain masih belajar di luar negara.

Soalan 2: Macamana nak berjaya dalam bisnes mcm you ya..?

Taukey Ah Seng : dia keluar formula tips2 satu persatu..kami sekeluarga menekuni..

Antaranya:

1) Jangan dengar orang sekeliling cakap, kena tetapkan pendirian dan fokus apa yang  ingin rancang nak buat.

2) Nak berjaya kena susah dulu. Mula-mula berniaga 3 or 4 jam saja dapat tidur.. dulu tiada modal, ambil barang orang lain jual sikit-sikit, cukup bulan baru bayar. Bukan senang nak berjaya.

3) Kena bagi supplier percaya pada kita, Kena komitmen bayar pada supplier.
Selepas dah lama berniaga dengan mereka, runding minta buat payment 60 hingga 90 hari baru bayar sebab mereka sudah percaya pada kita. Duit tu buat rolling modal..


4) Kita mesti mahu bayar cukai kerajaan. Supaya mudah buat pinjaman untuk kembangkan perniagaan kita.

5) Selepas dah maju, buat overlap loan untuk besarkan perniagaan. Yang penting kena komitmen bayar loan. Jangan sampai muflis..nanti makin susah..

6) Sentiasa buat akaun jaga duit keluar masuk. 


Syukur Alhamdulillah Allah ketemukan kami dengan orang cina yang dah berjaya yang tak kedekut ilmu untuk kongsi rahsia kejayaan mereka.
Share on Google Plus

About hasellusiby

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment