Kerana Bersuara Pengarah SPRM Dibuang Kerja
04:58
dalam negara
,
dalam negeri
,
isu semasa
,
malaysia
,
politik
,
sensasi
,
tempatan
Oleh kerana bersuara untuk menyelongkar kebenaran dan telah membuat sesuatu di luar tradisi, hari ini Pengarah Operasi Khas SPRM telah di buang pejabatnya serta-merta. Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.
Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.
Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.
Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.
Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.
"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.
"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.
“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata. Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.
“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.
sumber: MalaysiaKini
Blogger Comment
Facebook Comment