Propellerads

"Yang saya tahu banyak lanun di sana” - KJ

"Yang saya tahu banyak lanun di sana” - KJ


Baru-baru ini UMNO Semporna telah membatalkan jemputan kepada presiden parti UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian. (BACA SINI)



Katanya antara punca utama keputusan itu dibuat adalah atas faktor keselamatan dan Khairy Jamaluddin (KJ) mengatakan itu sebagai suatu tindakan yang tepat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.

Ini komen KJ dalam satu sidang media (sumber: freemalaysiatoday.com)

“Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” 

Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan (15 Ogos ini) dan dikarakan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment