Propellerads

Umno Semporna Batalkan Jemputan PM Najib

Umno Semporna Batalkan Jemputan PM Najib 


Umno Bahagian Semporna di Sabah telah membatalkan jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada mulanya dirancang untuk merasmikan mesyuarat pada 15 Ogos ini.



Keputusan itu dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi adri semua pihak cawangan dan bahagian.

Ini ekoran ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Melalui laporan mStar, ahli Umno di bahagian Semporna dilihat kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri mengetepikan pemimpin pertama Sabah yang menyandang jawatan Naib Presiden parti itu.

Ini antara petikan sumber:

"Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dapat dikawal atau mungkin berlaku insiden yang boleh menjatuhkan air muka Perdana Menteri, Umno Bahagian Semporna memutuskan untuk membatalkan jemputan itu," 

"Selepas seminggu, masih ramai yang perlu ditenangkan bagi memastikan mereka kekal setia kepada Umno.

"Kita tidak mahu Umno berpecah, ia tidak memberi manfaat kepada parti," 

"Umno Bahagian Semporna berpandangan kehadiran beliau (Perdana Menteri) tidak lagi sesuai selaras senario semasa.

"Kepimpinan Umno bahagian sudah membuat persiapan lengkap menunggu kehadiran Presiden, namun ia perlu disesuaikan semula kerana tidak mahu ada nanti provokasi dari pihak luar yang akan mengambil kesempatan daripada isu semasa," 

Sumber mengatakan, ahli parti di bahagian itu masih belum dapat menerima keputusan kepimpinan tertinggi negara menggugurkan Shafie Apdal yang merupakan pemimpin Semporna yang banyak berjasa kepada penduduk negeri dan negara ini.

sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment