Propellerads

Ahmad Maslan Balas Kenyataan Muhyiddin Dilabel "Lawak Antarabangsa"

Ahmad Maslan Balas Kenyataan Muhyiddin Dilabel "Lawak Antarabangsa"



Datuk Ahmad Maslan telah membalas semula kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan kenyataan Ahmad Maslan tentang "esok belum pilihanraya" sebagai "international joke".

Video ucapan Muhyiddin Yassin ke atas Ahmad Maslan boleh ditonton DI SINI.

Nampaknya kini tiba giliran Ahmad Maslan pula menyelar kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin.

Bagi Ahamd Maslan, kenyataan Muhyiddin ‘Jika esok diadakan PRU, maka BN akan kalah’ akan mengundang tanggapan negatif sekaligus melemahkan semangat akar umbi untuk bekerja.

Ini komen Ahmad Maslan:

“Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang.”

“Jika nanti diadakan PRU, BN akan menang, InsyaAllah,” 

“Jika seorang jeneral perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah, maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat utk menang, tidak akan berjuang habis-habisan,”

“Cerita kejayaan yang patut dihebahkan ketika memberi ucapan-ucapan dan bukan terus-terusan memberi gambaran sebaliknya.”

“Banyak sudah program-program yang baik untuk rakyat telah dan sedang kita laksanakan. Takkanlah segalanya telah terpadam dengan hanya satu isu 1MDB, isu yang boleh diselesaikan.”

“Maka saya kata, esok tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan untuk PRU itu,” 

Kenyataan Ahmad Maslan tentang esok bukan pilihanraya telah menajdi viral dan trending di laman sosial.

sumber: therakyatpost
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment