Propellerads

PM Najib Mohon Maaf

PM Najib Mohon Maaf


Dalam satu majlis rumah terbuka yang dibuat oleh Kementerian Kewangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan.

Ini komen PM Najib:

“Jika ada sebarang kesilapan dan kekasaran, saya dan (Menteri Kewangan Kedua) Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama yang lain ingin meminta maaf.

“Kami sebagai sebuah kementerian mempunyai tanggungjawab berat untuk menangani kelembapan ekonomi seluruh dunia yang memerlukan perhatian intensif,”

“Kami perlu memahami aspirasi mereka dan saya percaya sebagai sebuah pasukan, kami boleh melakukan kerja kami dengan baik.

“Saya juga mahu mengalu-alukan kedatangan Datuk Johari (Abdul Ghani – Timbalan Menteri Kewangan) yang merupakan orang baru yang perlukan sedikit ragging,”

PM Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah meluangkan masa hampir sejam di majlis terbuka itu sambil menikmati juadah hari raya serta meluakan masa beramah mesra dengan tetamu lain.

Turut hadir pada majlis itu ialah beberapa VIP lain termasuk Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Johari. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Zabidi Zainal.

-sumber: The Rakyat Post, Sinarharian-
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment