Perkataan Bodoh Tak Boleh Guna, Bangsat Boleh Pula - Afdlin Shauki
Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki telah mempersoalkan penggunaan perkataan bangsat yang mungkin baginya agak kasar, sedangkan perkataan bodoh langsung tidak boleh diguna dan akan ditapis di dalam dialognya.
Ini ekoran penggunaan perkataan "bangsat" oleh Perdana Menteri yang mengatakan Melayu akan terbangsat sekiranya Umno tewas. (Boleh BACA SINI)
Ini komen Afdlin Shauki:
Nak tanya kepada lembaga penapisan filem atau censorship board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tak adil.
Kenyataan itu dimuatnaik oleh pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dalam akaun Facebook miliknya malam tadi. Afdlin mempertikaikan, dirinya sebagai penulis tidak bebas untuk menggunakan ungkapan “bodoh” dalam dialog filemnya.
sumber: FB Afdlin Shauki
Blogger Comment
Facebook Comment