Propellerads

Selesai Segera Masalah Negara Terutama Kejatuhan Ringgit - Sultan Johor

Selesai Segera Masalah Negara Terutama Kejatuhan Ringgit - Sultan Johor 


Sultan Johor bertitah dan menggesa kerajaan supaya cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini terutama berhubung kejatuhan teruk nilai matawang ringgit.


Kalau dilihat keadaan sekarang, matawang ringgit jatuh ke paras yang amat teruk dengan mencecah RM4 untuk 1 USD dan RM3 untuk 1 Singapore Dollar.

Baginda bertitah, masalah yang timbul perlu diselesaikan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan pihak kerajaan.

Ini titah Sultan Ibrahim Iskandar:

"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan tidak stabil pada masa ini adalah isu utama yang perlu ditangani kerajaan dengan segera. 

"Rakyat hari ini adalah generasi berilmu dan bijak menilai maklumat diterima. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar," 

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menghadiri Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50 di Kem Iskandar di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Tunku Mahkota Johor (TMJ),  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sultan Ibrahim juga sempat memberi pesanan dan mengingatkan pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi.

Sumber: BHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment