Pemuda Akan Jumpa PM Najib, Bawa Usul Letak Jawatan
Pemuda Umno akan memohon untuk berjumpa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan kesemua usul yang telah dicapai dalam kesemua Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berkata, ia termasuk usul tergempar yang meminta Perdana Menteri meletak jawatan.
Usul itu datang dari Pemuda Umno Bahagian Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.
Menurutnya, kemungkinan perjumpaan itu akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selesai.
KJ berkata, usul daripada semua bahagian Pemuda itu akan diserahkan kepada Najib bagi menjelaskan pendirian dan pandangan di peringkat akar umbi.
Ini komen KJ:
Semua Usul Tak Ditapis
"Perkara tersebut(usul tergempar) hanya datang daripada satu cawangan dan telah dimaklumkan kepada Presiden bahawa usul tersebut tidak dirancang oleh Pemuda bahagian.
"Tetapi semua ini akan dibawa ke perhatian Presiden,"
"Kesemua usul ini tidak akan ditapis dan akan diserahkan kepada presiden supaya tindakan segera dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan yang dialami pemuda di peringkat akar umbi," katanya.
Mahu Isu Besar Seperti 1MDB Diselesaikan
"Kami telah ambil ketetapan bahawa isu tersebut perlu diselesaikan dengan segera dan kita akan bagi masa supaya ia dapat diselesaikan melalui proses siasatan yang telah berjalan.
"Kami juga telah ambil ketetapan untuk terus kukuhkan parti walaupun dalam keadaan berdepan dengan pelbagai cabaran dan yakin kemelut tersebut dapat diselesaikan,"
Itulah komen KJ ketika mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno
Sumber: SinarHarian
Blogger Comment
Facebook Comment