Propellerads

TPM Sahkan Dah Berjumpa Dengan Wakil Keluarga Penderma RM2.6 Bilion

TPM Sahkan Dah Berjumpa Dengan Wakil Keluarga Penderma RM2.6 Bilion


Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan secara peribadi sudah bertemu wakil keluarga dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini komennya:

"Saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Pelaburan daripada penderma, serta pemegang amanah keluarga berkenaan, tidak perlu saya sebut nama, tetapi saya bertanya kenapa dana ini didermakan kepada Malaysia.

"Pihak ini memaklumkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima derma ini, tetapi juga negara Islam lain,"

TPM juga memberitahu negara penderma itu juga mahukan UMNO dan Barisan Nasional kekal sebagai pemerintah di negara Malaysia.

Oleh yang demikian, dana sebanyak RM2.6 Bilion itu diberikan untuk memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Sumber: Astro Awani
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment