Propellerads

Pertandingan Selfie Dengan Mayat

Pertandingan Selfie Dengan Mayat


Kecoh di negara Rusia apabila satu pertandingan pelik diadakan oleh satu laman sosial iaitu pertandingan selfie dengan mayat.


Apabila menjadi viral, Polis Russia mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan mayat.’

Pertandingan itu dianjurkan oleh satu komuniti dalam VK (versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna).

Laman sosial komuniti itu mengajak ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.

Antara hadiah yangdijanjikan ialah wang tunai 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar terbaik.

Admin kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’ Laman itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie dengan mayat.

-sumber: metro-

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment