"Indahnya Islam, Kasih Ibu Tanpa Batasan Agama" - Ihsan Sivan Abdullah
Telah menajdi viral di laman sosial sekeping gambar yang sungguh menarik pehatian ramai. Kisah ini mula di kongsi oleh Siakap Keli dan terus menjadi perhatian ramai.
Sekeping gambar telah dimuatnaik oleh seorang lelaki mualaf di mana menunjukkan dia memberi ucapan hari raya beserta gambar bersama ibunya yang beragama Hindu.
Ini adalah antara contoh terbaik untuk melambangkan perpaduan kita rakyat Malaysia dan tolenrasi antara agama. Memang hebat.
Gambar ini dikongsi oleh saudara baru yang memeluk Islam iaitu Ihsan Sivan Abdullah di laman Facebooknya dan dia juga berkongsi di group "Kita Semua Milik Allah".
Di dalam ruangan komen, Ihsan melahirkan rasa syukur kerana selepas beliau memeluk agama Islam ibu dan bapanya sering berada dan menyokong tindakannya itu.
“Saya sentiasa doakan beliau (ibu) dapat hidayah, bulan puasa beliau datang rumah dan bantu jaga anak disebabkan wife berniaga bazar ramadan, ini lah kasih sayang seorang ibu tanpa sempadan agama,” ujar Ihsan apa bila ada seorang pengguna Facebook bertanyakan tentang ibunya.
Benarlah kata orang, kasih ibu sepanjang hayat. Walaupun mereka berlainan agama tetapi ikatan kekeluargaan mereka amatlah kuat selain menggambarkan tolenrasi beragama antara mereka.
Gambar tersebut mendapat reaksi yang positif dari orang ramai. Bersatu kita teguh !!
Blogger Comment
Facebook Comment