Saya Tak Risau Hilang Jawatan Menteri - KJ
Khairy Jamaluddin dengan berani tampil membuat kenyataan langsung tidak risau hilang jawatan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini komen KJ:
"Saya tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.
"Kita harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya kedudukan,"
"Tadi PM sendiri kata, dia tak mau 'yes man' di sekelilingnya bermaksud dia (Perdana Menteri) hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza.
"Jadi, ini yang sedang saya lakukan sebab ramai di kalangan penjawat awam pun mula suarakan kerisauan mereka (tentang isu perpindahan pegawai SPRM) dengan persepsi penjawat awam diganggu tugas,"
Sebelum ini, Khairy Jamaludin melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuashati dengan pertukaran secara mengejut 2 orang pengarah SPRM. (BACA SINI)
KJ juga mendesak agar gangguan ke atas pegawai SPRM terbabit perlu dihentikan segera. Bagi beliau, tindakan mengganggu tugas SPRM disifatkan sebagai pelik.
Blogger Comment
Facebook Comment